love story

Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim...

kita berkenalan di Unisel pada tahun 2012. tanpa rasa cinta mahupun suka. sekadar berteman biasa. sehinggalah sampai satu masa, kau sendiri berterus terang. aku tetap berkeras hati untuk terima kau dalam hidup aku. tapi dalam waktu yang sama, aku memang memerlukan seseorang yang ikhlas terima aku. dan akhirnya selepas cubaan dan berkat usaha kita berdua aku terima kau seadanya. terlalu banyak dugaan yang Allah turunkan ke kita sepanjang perkenalan kita. dari dugaan kecil sehinggalah besar sampaikan aku rasa give up untuk teruskan. tetapi dengan usaha kau, dan sedikit dari usaha aku pada awalnya kita kembali semula. kemudian datang lagi dugaan menduga kita. aku jadi berputus asa pada awal sebenarnya. hanya kawan kawan di sisi perunding aku sewaktu itu. dari semangat dan sokongan dari mereka serta nasihat, dengan terpaksa aku menerima kau buat kali kedua. aku cuba membuka hati untuk kau. aku berdoa dan berdoa. alhamdulillah, hati aku sudi terima kau dalam hidup aku. aku bukakan hati aku sepenuhnya untuk kau. dari saat itu, bertubi tubi datang dugaan untuk meruntuhkan hubungan kita. ya, perkenalan kita dipenuhi dengan air mata aku. tetapi aku teruskan bersabar dan bersabar kerana janji aku pada diri aku kau lah yang terakhir buat aku. walaupun ada sedikit perasaan putus asa menyelubungi hati aku. pernah aku bermimpi jodohku ada  wajah seperti kau yang berada di sisi aku walaupun samar samar. tapi aku yakin itu kau. aku yakin sama sekali. pada awal tahun 2014 bulan 2, aku membuat keputusan untuk beristikharah dan solat hajat. setelah beberapa minggu, kau tetiba muncul semula dalam hidup aku untuk diberi peluang menyanyangi dan menjagamu. aku sebak dan bahagia walaupun aku masih keliru. kita seperti pasangan baru berkenalan. sehinggalah kau membuat keputusan untuk pindah dan kembali semula ke tanah air kau tempat kau membesar di Johor. berat sangat hati aku untuk melepaskan kau. sehinggakan kau pergi tanpa aku di sisi di atas kejadian sewaktu itu yang aku masih merajuk dengan kau untuk tidak berpindah sehingga aku tamat belajar. sekarang sudah 8 bulan kau di negeri johor dan 8 bulan juga aku penuhkan rutin harian aku dengan kelas dan keluarga serta kawan kawan. kau pun sudah mempunyai pekerjaan dan aku pula sedang menunggu tamatnya belajar. sekarang aku dan kau sedang berusaha untuk kau, untuk aku untuk kita. sama sama perbaiki dan memperkukuhkan antara satu sama lain. kau mempunyai impian dan aku mempunyai cita cita. kita sama sama usaha setelah kita betul betul decide nak kahwin dan aku nak kau menjadi sebahagian dari hidup aku. tak dinafikan sebenarnya hampir tiga tahun kita bercinta tanpa sebarang kata putus ''jom couple'', suka duka bersama. kita decide dalam dua tahun kita harus berusaha sekuatnya dan terus kahwin. in shaa Allah, dengan berkat kita berdua Allah akan permudahkan niat suci kita. semoga dengan perjumpaan kita, perkenalan kita, percintaan kita akan berakhirnya dengan sebuah keluarga. terima kasih awak, terima kasih ibu, terima kasih abah, terima kasih mama, terima kasih ayah dan tidak lupa juga terima kasih untuk nenek dan atuk yang sudi terima kita berdua untuk menjadi sebahagian keluarga. moga cinta cerita kita berpanjangan hingga ke Syurga.

-Nadhirah binti Mazalan dan Mohamed Aliff Farhan bin Khalid-