sedikit tentang aku.

Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim...

malam tadi, jam berapa pon aku tak ingat. on call dengan orang yang tersayang. memang pelbagai topik yang kami ceritakan, bincang dan sebagainya. seperkara lagi setiap topik yang dibincangkan banyak yang membuatkan hati tersentuh. pertama, kami bualkan tentang salah seorang kawan kami. tentang hubungannya dengan seseorang yang pernah membahagiakan diri dia telah dilepaskan oleh dia di atas sebab tertentu. kedua, bincangkan tentang ''kerjaya sementara'' aku dan yang terakhir berbincang soal masa depan kami dan bakal keluarga kami.

untuk perbincangan yang sememangnya setegas tegas seorang lelaki mengatakan TIDAK kepada sesuatu yang mereka tidak suka. about MARUAH. yes. lelaki pantang bila orang yang dia sayang langsung tak ambil kisah soal maruah. bila dikatakan JANGAN, maka jangan lah. bila berdegil, maka PADAH lah. contoh, bab peragaan atau lebih femes dikenali sebagai MODEL. sebenarnya, mereka yang aku sangat rapat ini langsung tak berminat jika orang yang mereka cintai mereka sayangi masuk ke alam permodelan. tetapi lain pula dengan seseorang ini. salah seorang dari tiga orang ini. dia memberikan peluang kepada orang yang dia sayang sebelum berkahwin. katanya,

pendapat si A jawab;
''sebelum kahwin, buat lah apa nak buat pon. capailah kehendak yang di inginkan. tetapi, selepas kahwin memang sesekali TIDAK untuk semua itu. atas sebab, sudah dibawah tanggungan SUAMI. jadi segala maruah akan dijaga sebaik mungkin. kalau tetap berdegil, sila jangan pujuk rayu''.

pendapat si B jawab;
''aku memang tak suka. mati hidup semula pon aku tak akan izinkan. dah kahwin ke belum kahwin ke. aku tetap tak suka''

jadi, ini lah perbualan yang kami bincangkan malam semalam. setegas tegasnya amaran yang mereka berikan. sangat mendalam. dan timbul rasa bersalah dalam diri. Allah :( mengalir air mata aku.

yang kedua, impian aku, cita cita aku untuk menjadi CEO CORPORATE COMMUNICATION dalam sesebuah syarikat. dan akan aku buka nursery kanak kanak atas minat aku dan sayangnya aku ke atas bayi dan kanak kanak yang sedang membesar. juga berusaha bersama sama orang yang aku sayang untuk majukan bisnes beliau.

yang terakhir, atas segala yang telah aku lakukan sekarang hanya lah sementara. aku tahu apa yang aku buat. bukan selamanya. aku bertekad setelah ikatan pertunangan kami, akan terlerailah segala kerja aku dalam permodelan. akan aku tinggalkajn buat selamanya demi menjaga nama baik keluarga aku, keluarga bakal mertua aku dan maruah bakal suami aku serta maruah diri aku.

akan aku ubah segalanya tentang diri aku. segalanya dari A sampai Z. akan aku ubah demi mengejar cita cita aku sebagai seorang ISLAM. In Shaa Allah.

Yang Benar,
nadhirah mazalan