pesanan buat awak.

Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim...

seperti yang awak tahu, saya bukanlah seorang perempuan yang dicipta dengan seribu kelembutan di dalam diri. ada kalanya saya bersikap sangat kasar dan sangat menjelikkan. saya harap awak akan maafkan segala sifat buruk saya yang bakal awak hadapi setiap hari setiap masa dan setiap saat dalam hidup awak apabila kita bersama kelak. ingatlah satu perkara, saya hanyalah manusia biasa yang pernah belajar silat suatu ketika dahulu dan sekarang sekali lagi saya sedang mencari ilmu persilatan untuk kepentingan saya dan keluarga. jadi kalau awak berniat mahu pasang satu lagi bini, saya tidak akan teragak agak akan terajang awak dan sumbat awak dalam lubang jamban! jangan ingat saya tak bagi pesanan...