Semester Akhir, Diploma in Communication and Media, Universiti Selangor

Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, berkat usaha kesungguhan serta doa dan restu dari mama dan ayah, sahabat handai dan orang tersayang aku dah masuk semester akhir. sampai jugak aku dalam semester akhir ni. Ya Allah, tak tahu nak kata apa. kegembiraan terpancar dek kerana seperti tak percaya aku dah hampir tamat diploma dan bakal menjadi pelajar Bachelor of Communication (Hons) (Corperate Communication) tak lama lagi. In Shaa Allah, ameen.

kemungkinan besar juga aku akan bekerja buat sementara waktu untuk mendapatkan sedikit duit poket dan untuk buat simpanan majlis pertunangan kami. selepas itu aku akan focuskan semula dengan perancangan aku dalam penyambungan belajar ke Ijazah Sarjana Muda. tak sabar rasanya. pejam celik pejam celik dah makin dewasa aku ni sebenarnya. tahun depan aku dah menjangkau usia 21 tahun. semoga aku lebih berdikari dalam membuat sesuatu keputusan.

kalau di ikutkan dalam list, hujung tahun ni tamat lah aku belajar dalam Diploma. tapi konvo aku pada bulan Oktober 2015. memang agak lama. tapi, tak apa lah. yang penting aku ada perancangan nak dibuat daripada aku menganggur tak tentu pasal. bukan cara aku tanpa usaha. In Shaa Allah, nak berjaya kena lah usaha lebihkan. yedok?

selain itu, aku juga ada tugasan dan tanggungjawab yang lain. aku ada kelab sendiri yang baru sahaja di tubuhkan di Unisel pada bulan Ogos 2014. ya, masih baru. kelab aku adalah sejenis kelab mempertahankan diri. ya, Martial Art. nama kelab aku adalah, Seni Silat Burung Rajawali Putih & Seni Buah Pukolan Bugis. ada banyak sebab kenapa aku bersungguh nak tubuhkan kelab ni dan akhirnya dengan pertolongan dari kawan kawan, keluarga dan orang tersayang akhirnya niat aku tercapai. sekarang cuma aku perlu focus dalam setiap latihan yang akan di jalankan.

18hb Ogos 2014. aku akan menjadi pelajar semester akhir. rindu sangat dengan classmate aku yang sewaktu semester pendek yang lepas mereka tak ada. jadi, terpaksa menahan perasaan rindu dan berusaha belajar dengan sendiri sambil bertemankan kawan sekelas aku Nurul Faizah yang aku sering panggil dengan panggilan Kak Cah atau Minah Jawa yang di panggil oleh dia. hahahahahaha. sangat melucukan sebenarnya. dia ni agak serius. tapi, bila waktu dia bercakap, memang berbatu batu boleh dengar. hahaha. maaf kak cah, bergurau sajeeeee. hehe.

semoga dalam semester akhir aku dapat menaikkan lagi pointer aku yang agak menurun sedikit sewaktu sem lepas. slack mandarin 2 aku. dapat C. haih. tak apa lah. ada lagi rezeki aku untuk lain hari. semoga aku dan kawan kawan aku yang lain berjaya menamatkan pelajaran dalam Diploma in Communication and Media dengan result yang cemerlang.

Ameen.