4/8/2014 sehingga 11/8/2014

Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim...

dengan izin Allah, aku diberi peluang sekali lagi berjumpa dengan ahli keluarga dia. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. ketawa, sedih semua ada. aku bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan ke aku untuk terus bernafas di samping dia dan keluarga. terharu tak terkata. dia rela menghabiskan masanya selama seminggu bersama aku. tak pernah miss sentiasa ada dengan aku. kecuali waktu tidur lah kan. haha. dia sampai shah alam dari joho ke bangi bersama kawan sekampung dia dan bermalam semalaman di sana. esoknya terus shoot ke shah alam dengan ktm. bahagia yang tak terkata. agak lama jugak tak berjumpa. hampir 4 bulan. dengan penuh kesabaran akhirnya sekali lagi kami bersua. aku fikir dia main main pada awalnya. tak sangka, rupanya betul. aku ambil dia di ktm shah alam dan terus shoot ke joho. kami tiba ke kampung sebelum maghrib. sesampai di kampung kelihatan atuk dan nenek. ya allah, rindunya aku dekat mereka. aku salam dan cium seperti nenek dan atuk kandung aku sendiri. aku bersiap untuk makan malam bersama mereka selepas menunaikan solat maghrib. bergelak ketawa dan terukir senyuman bahagia di wajah mereka. terharu sebenarnya. HAHAHAHAHAHA. aku bab macam ni memang cepat meleleh. malam itu rehat dan perlu di isi tenaga untuk keesokan harinya. berjalan pusing johor! yeayyyy. zzzzzzzzzzzzz

*****************************

morning atukkkkkk. morning nenekkkkkk. morning sayanggggg :) aku bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh dan bersiap untuk kepasar bersama atuk dan dia. konon nak pegi jam 8. aleh aleh, jam 9 baru gerak. pusing pusing pasar beli barang basah dengan brekpes. ahhhhh. nyamannya angin pagi dekat kampung. tenang sungguh! masih terasa kesejukan angin lembut sepoi sepoi bahasa pada waktu pagi dekat sana. rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. sesampai di rumah, terus makan brekpes yang di beli. rehat kejap borak dengan atuk dan nenek, sedia untuk menyediakan makan tengahari. siang itu siang ini, potong sana potong sini. klontang klonteng dekat dapur dengan atuk, nenek, dia dan aku. kadang kadang aku dengan dia curi curi pergi depan amek angin kononya. hahahahaha. cucu pemalas betul kami ni. hahahahaha. masuk dapur semula tolong nenek sediakan makanan untk dihidang. sekali lagi makan bersama dan semeja. selepas makan, bersiap untuk keluar jenjalan. sepatutnya apa yang di rancang lain, tapi yang dibuatnya lain. agak lari sikit dangan apa yang kami rancang. sebab tayar kereta aku pecah plak dahhhhhhh. nasib baik ada orang perasan. ibu Kecik. kawan sekuliah kami. cepat cepat kami pusing satu daerah cari tayar. alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak tayar jenama Silverstone. haihhh. selesai semuanya, kami lepak mamak sekejap dan terus hantar kecik balik. malam tu kami terus gerak ke JB untuk berjalan ke sana. sepanjang perjalanan memang dia yang bawak. tetiba sampai dekat satu jambatan ada roadblock. kami cepat cepat tukar posisi untuk mengelak dari kena saman. roadblock tu dah tahu awal dah sebenarnya. kami berterima kasih dekat waze. HAHAHAHAHAHAHAHAHHA. sumpah lawak masa ni. tak fikir apa tengah tengah highway jambatan tu jugak kami tukar. nasib baik kereta semua slow. ada can ahh kami tukar tanpa keluar kereta. kami sampai di satu destinasi yang di panggil Segek. sebelum tu kami sampai agak awal, jadi tak banyak kedai yang bukak. aku dengan dia pusing pusing masuk City Square. tak ada apa sangat pon dalamnya. cuma nak amek aircond je dalam tu nak sejukkan badan bak kata dia. pusing psing cuci mata sekejap terus pergi ke Segek semula. hm, Segek lebih kurang macam Uptown jugak sebenarnya. tapi tak sesak dan tak sepadat Uptown Shah Alam. lebih selesa berjalan di Segek dari Uptown. banyak benda yang aku kenan. tapi, satu apa pon tak dibelinya. hahahahahaha. saja nak tengok tengok dulu kot. lain kali datang dah tahu nak beli apa. selepas dah puas berjalan dan pusing pusing serupa tawaf dekat Segek tu, kami berangkat ke kedai makan. alamak. aku lupa namanya. tapi yang pasti kedai makan ni agak besar dan bersebelahan dengan Joho Concept. pada mulanya nak makan Chicken Chop RM5. tapi, penuh sangat pulak. yang si dia dah kelaparan. aku pon agak lapar jugak sebenarnya. hahahaha. sampai sampai je kedai makan tu, ya ampun. bersepah orang isap shisha. ya, mungkin perkara biasa. cuma aku je yang tak berapa kenan dan tak selesa. dah lapar punya pasal, aku lenjan aje. sedapnya lahai makanan dekat situ sampaikan tak tahu nak habiskan macam mana. berpatutan lah kiranya. sangat puas! 5 bintang aku bagi. muahahahaha. jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi. aku pon dah mula letih. apatah lagi dia seharian memandu. kami pulang dengan senyuman puas dan seronok walaupun apa yang dirancang agak lari sedikit.

*****************************

yeayyyyyyyyyy. balik Kuantan, Pahang! tak sabar betul rasanya. tapi, dalam hati aku hanya tuhan yang tahu. macam macam perasaan aku rasa. HAHAHAHAHAHAHA. ini semua punca jarang berjumpa. masa mula mula jumpa tak ada lah secuak ni. tapi kali kedua rasa cuak dia tu lain macam plak. atuk dengan nenek ikut sekali. seronok betul mereka bila dapat tahu kami nak bawak mereka sekali. sampaikan packing baju malam tu jugak. hahaha. comel betul gelagat mereka. kami gerak dalam jam 11 pagi. perjalanan semua berjalan dengan lancar. alhamdulillah. sesampai dekat Kuantan, jam 4 petang. salam ibu dia. terus berborak. hahaha. ibu dia memang peramah. masih maintain lagi badannya. relax relax jap. makan borak semua, bersiap untuk keluar malam ke Teluk Cempedak. bestnyaaaaaaaaaaaaa. cantiknyaaaaaaaaaa. dah lama tak jalan pantai waktu malam. kesihatan aku agak tak berapa elok masa tu. tapi, nak berjalan punya pasal, aku gagahkan diri makan ubat dan alhamdulillah berkurang. aku kena alergic. rumah ibu dia ada kucing. dan aku plak pantang nampak kucing. mesti nak dicium dipeluknya. aleh aleh, ha, habis bengkak mata seperti kena tumbuk. dia dah risau. ajak pergi klinik aku taknak. jadi pergi kedai sahaja beli panadol dengan ubat mata. haihh. ibu dia pon naik risau. start harituh aku kena berhati hati kalau nak main dengan si kucing yang diberi nama Geo, Gemuk dan Yaya. dah pusing pusing jalan jalan dekat tepi pantai yang indah tu, rasa macam nak buat inai. dia yang sarankan. sebab dia tahu aku memang suka berhenna. aku pilih corak bunga ros. cantik. halus lukisannya. ha yang atas belah kiri tu lah coraknya. cantikkan? rm10 untuk sebelah tangan. eceh, sempat promot. hahaha. kami pulang dan macam biasa rehat dan tido. aku dan adik bongsu dia tido dekat ruang tamu. haaaaaaa sejuknya lahai. aku tido berselubong kau jah. hahahaha. tersedar jam 3 lebih. si Geo tetiba baring sebelah aku. manja betul dia. yang si Gemok dok menyorok belakang sofa. dah kenapa tah. memang tu port dia kot. mungkin dia main nyorok nyorok dengan si Geo ke. hahahaha. agak lena juga aku tido malam tu. dan macam biasa bangun awal. 

*****************************

gara gara bangun terlalu awal, aku terlelap dekat bilik adik bongsu dia. dia kejutkan aku untuk siap siap keluar. yeayy. sekali lagi keluar berjalan. berjalan pusing bandar. dia terangkan tu dia terangkan ni. seronok! boleh jadi penunjuk arah lah lepas ni ye sayang. hahahaha. kami singgah kejap dekat satu mall ni. lupa plak nama. beli ticket wayang midnight. cerita Ninja Turtle brooo. feveret movie kami berdua. lepas beli, kami pergi cari goreng pisang kopok lekor semua. masa beli goreng pisang serius akak yang jual tu sempoi habis dengan suaminya. garang, tapi romantik. yang si dia dah senyum senyum dengan aku. serius sawit gilaaaaaa. tak sabar rasanya nak kahwin. hahahahaha. lepas tu kami cari pulak cendol. sebab nenek tetiba teringin nak bercendol petang tu. alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak. puas kami mencari. berkat kesabaran dan kesungguhan akhirnya jumpa. selesai petang, tunggu adik bongsu dia dan adik no tiga dia bersiap. nak ikut keluar katanya. adik bongsu dia masa kami mula sampai lagi dah bagitahu nak ke TC a.k.a Teluk Cempedak. nak beli seluar askar katanya. sebelum menunaikan hajat adik bongsu dia, kami jalan jalan tepi pantai sekali lagi. sambil sambil tu dia ajak photoshoot. kami tak pakai camera. bergambar dengan henfon je. jadilahhh. dia malas nak bawak camera katanya. yeye suruh aku bawak. hahahaha. dah habis bergambar, dekat maghrib waktu tu, pergi ke tempat jualan tu. teman adik bongsu dia cari seluar. nasib baik ada size. sebab adik dia badan kecik betul. biasalah dah baka kecik kecik. tengok lah si dia, kecik je orangnya. tapi, kecik kecik berisi. haa tu yang aku suka. kami pulang semula ke rumah. solat dan makan malam. abahnya pon pulang dari meeting di terengganu. ayah dia pegawai polis. jadi, agak busy lah jarang nak berjumpa. first time masa tu aku jumpa abahnya. adik no dua dia tak ada. ada dekat asrama. jadi tak berkesempatan nak jumpa. ayahnya baik, agak pendiam tapi kelakar. nampak seorang yang tegas tapi dia sebenarnya seorang yang penyayang dan cool. aku betul betul rasa bahagia. terukir senyuman bahagia di wajah aku. malam itu kami bersiap untuk keluar semula menonton wayang. sebenarnya agak awkward sebab abahnya ada. tapi, ticket dah dibeli jadi kami keluar macam biasa. abahnya okay sahaja. faham sangat dengan jiwa remaja macam kami. sesampai di mall, layan ninja turtle. first time kami tengok wayang first tarikh keluar. ninja turtle the best aku bagi. sumpah satu panggung wayang ketawa. masuk air betul. memang rare. 10 bintang aku bagi. hahahaha. habis tengok wayang, kami pulang. tido aku semakin nyenyak. sampai terlewat sentengah jam dari waktu yang sepatutnya aku bangun. kihkihkih.

*yang bawah ni salah satu gambar dan kenangan yang kami dapat. ini semua kerja dia. dia yang nak sangat bergambar. hahaha. aku agak awkward sikit sebab dah lama tak bergambar bersama. banyak gambar yang aku aku rasa nak ketawa. banyak gambar yang tak menjadi dengan memek muka yang tah hape hape. tah sejak bila aku penyegan pon aku tak tahu.





*****************************

aku bangun boleh tahan awal jugak. brekpes dengan semua, tunggu jejaka jejaka bersiap ke masjid untuk menunaikan sembahyang jumaat. tinggal lah aku, ibu dan nenek. duduk berborak dengan ibu, ibu tetiba tanya pasal hubungan kami. bertanyakan tentang ikatan tunang dan nikah serta majlis. aku hanya mampu jawab dengan apa yang dirancang oleh si dia. sebab kami belum confirm lagi bila. tapi, in shaa allah hujung tahun depan atau dua tahun lagi. tengok pada keadaan. selepas sembahyang jumaat, kami bersiap untuk berangkat pulang ke johor semula. sekali lagi hati aku terasa sedih nak meninggalkan ibu, abah dan adik adiknya. rindu sangat rasanya. jadi, aku cuba untuk jadi kental untuk tidak menangis. hahahahahaha. alhamdulillah, perjalanan pulang ke kampung berjalan dengan baik sekali. kami sampai dekat maghrib. sesampai sahaja aku terus masak nasi dan panaskan lauk yang ibu bagi. sebelum makan malam kami keluar semula untuk beli kfc. tetiba tekak aku nak makan kfc malam tu. hahahaha. aku okay je kalau tak makan kfcnya. tapi, dah dia mengajak, aku okay lah. hahahahaha. nasib baik dekat je dekat bandar tenggara sana. kalau jauh, memang tak lah. kesian dia seharian drive dari kuantan. selesai makan malam, tengok tv sekejap kami masuk kebilik masing masing. letih dia. ya allah. tak tahu nak kata apa. tapi, masha allah. seronoknya. puas sangat. zzzzzzzzz.

*****************************

bangun pagi, siapkan brekpes dan makan tengahari. basuh baju yang berlori lori. kali ni aku dengan dia yang masak dekat dapur. atuk dan nenek langsung kami tak beri can untuk memasak. terutama sekali nenek. hahahahaha. menu tengahari kami Ikan Siakap 3 rasa, sotong goreng tepung dan sayur kobis masak air. kebetulan je sebenarnya. dah bahan semua cukup, apa lagi lenjan aje. alhamdulillah. menjadik tuuuu. sedap sungguh bakal suami aku ni masak. aku cuma masak sotong goreng tepung sahaja. rasa macam makan dekat kedai. sedap dan menyelerakan. tetiba rasa bangga. hahahahahaha. dah siap siap mengemas semua, bersiap untuk keluar ke Segek. aleh aleh tak menjadik ahh nak ke sana. kami pergi Danga Bay sahaja. sebab aku takut balik lewat. kesian dekat dia. jam dah menunjukkan pukul 12 lebih. memang dah lewat sebenarnya. aku pon dah mengantuk tak tahu nak kata apa. tapi gagahkan mata untuk temankan dia memandu sampai ke kampung semula. jalan pon lancar. tak jam macam masa mula mula kami turun ke JB. tapi agak risau kerana kami berdua rabun dan silau boleh tahan tinggi. kami redah dan redha sepanjang perjalanan. aku berborak dengan dia sepanjang perjalanan nak mengelak dari dia berasa mengantuk. alhamdulillah, akhirnya sampai jugak ke rumah jam hampir pukul 2 pagi.sampai di rumah terus lelap. letih sangat sebenarnya. esok aku dah balik ke shah alam. kena prepair tenaga yang banyak. terutama si dia.

*****************************

aku bangun agak lewat. hampir jam 10 pagi. tersedar je aku cepat cepat basuh muka dan terus tolong atuk masak dekat dapur dan tolong nenek sidai baju. dia bangun paling lewat. tengahari jugak lah dia bangun. selesai segalanya. kejutkan dia makan tengahari. selepas makan, kami bersiap untuk berangkat pulang ke Shah Alam. serius keadaan ni paling hening dan sayu je rasa hati aku. salam nenek cium nenek peluk nenek. nenek pesan kirim salam mama dengan ayah, jaga diri dan nanti minta datang lagi. nenek suka betul aku datang sana katanya. paling dia suka bila aku tolong masak. pernah aku menyakat nenek kata taknak balik Shah Alam. lagi dia suka. katanya ''dhira tak payah balik lah. tambah lagi seminggu. boleh? tolong nenek masak''. dekat kepala aku dah fikir rasa nak meloncat gembira bila nenek cakap macam tu. tapi, aku tak boleh. sebab kelas aku dah nak mula untuk semester terakhir. atuk pula pesan dekat aku jaga diri, kirim salam mama dengan ayah dan nanti apa apa telefon. aku cium nenek. aku cium atuk. rasa hati semakin sebak. sebak yang teramat sangat. selepas packing barang bawak masuk kereta semua dan akhirnya mengalir laju air mata aku. ya allah, beratnya hati aku nak tinggalkan atuk dengan nenek. sampaikan dia pujuk aku pon tak melayan. sebab pendam yang teramat sangat. banyak kali aku cakap dekat dia patah balik, taknak balik shah alam. macam macam alasan aku cuba cipta. tapi tak berjaya. sekali lagi dia pujuk aku. dia pesan, ''lagi satu semester sahaja. lepas ni kita duduk sama sama dekat sini. awak kena belajar rajin rajin. tak lama pon. nanti kita jumpa lagi ye''. lepas dia pesan macam tu, dia pujuk aku, aku pon terlelap. tersedar dari tido rasa hati dan perasaan tu lega sikit. alhamdulillah, selamat sampai shah alam. dia bermalam dekat shah alam. ikutkan dia tido rumah aku. tapi dia kata segan plak. sebab budak budak sekolah. memang rumah aku bising mula jam 5 pagi. jadi aku hanya hantar dia check in dekat hotel. boleh lah, tak ada lah mahal mana pon hotelnya. berpatutan lah. sebelum aku balik, kami pergi makan berlaukkan tomyam. tak sah kalau sampai shah alam macam macam yang dia teringin nak makan. biasalah, dekat Johor agak susah sikit nak dapat makanan yang biasa ada dekat shah alam. selesai makan, hantar dia semula ke hotel dan aku pulang ke rumah. mengemas dan aku tido dengan perasaan yang agak hambar.

*****************************

harini tiba masanya aku berpisah sementara dengan dia. berpisah untuk berjihad. aku berjihad demi pelajaran dan dia berjihad demi kerjaya. walaupun berat hati tapi terpaksa. aku ambil dia di hotel jam 9 pagi untuk hantar dia ke station bas. aku dah mula makin tacing. dia cuba buat aku ketawa. risau aku menangis mungkin. bas dia pon dah sampai. tunggu sekejap sampai driver bas panggil untuk kali yang terakhir. dia sempat lagi menyakat aku. aku pon sempat lagi bermanja dengan dia. tak peduli orang sekeliling. aku dah mula makin rasa nak tacing. duduk sekejap dekat bangku tepi. dia dah nak naik bas. pesan yang terakhir sebelum dia berangkat. cium dahi aku dan sekali lagi terjurai air mata.

aku ucap terima kasih dan minta maaf ke dia. terasa bahagia setiap kali di samping dia. sampaikan ahli keluarganya sering tersasul ingatkan kami dan berumah tangga. alhamdulillah. mungkin itu satu doa untuk kami. semoga dapat berjumpa sekali lagi dengan ikatan yang dirasmi. allahumma ameen :)

terima kasih atuk, terima kasih nenek, terima kasih ibu, terima kasih abah, terima kasih awak............ *lap air mata*