mereka

Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim...

hm. cuba tengok tajuk dekat atas tu *semua pandang atas hm kenapa dengan "mereka"? okay. harini aku nak kongsi sedikit tentang mereka, bagaimana aku berjumpa dengan mereka dan siapakah mereka. okay. mereka. mereka adalah kawan biasa jadi kawan baik dan akhirnya menjadi sahabat dunia aku, in shaa Allah juga sahabat akhirat. kenapa aku menggelarkan mereka sahabat? sebab.. mereka sentiasa ada dengan aku dikala aku sedih, aku gembira, aku marah, aku sibuk, aku gila dan setiap kali aku ingin bermanja. hahahaha. sudah! tak payah nak buat muka annoying kau sangat. mereka pada asalnya aku langsung tak kenal. ya lah, mestilah bermula dengan "eh kau siapa?" ha. itu umpama lah. faham kan? lepas tu ada seorang makhluk Allah yang membuatkan aku berkenalan dengan mereka. siapa? okay. meh sini baca perenggan yang seterusnya.

masa aku melanjutkan pelajaran di Universiti Selangor atau lebih dikenali UNISEL, aku mendapat ramai kenalan. kenalan dari seluruh negeri. orang pertama yang aku kenal masa aku jejakkan kaki di unisel adalah Shahirah Nadhirah yang lebih mesra dengan panggilan Ira atau Ighaa jika disebut dengan orang yang pelat R. hahahaha. okay, tak ada kena mengena sebenarnya kemudian kami rapat sampai semester 1 sahaja. kenapa? kenapa tak sampai habis belajar? KERANA. aku dengan dia ada konflik sedikit sampaikan kami TERPAKSA memutuskan persahabatan. eh, tidak! dia bukan sahabat aku. dia cuma perkenalan pertama aku di unisel. cuma kami agak rapat sedikit atas sebab kami SAMA NAMA, dan dia agak manja. okay. sudah sudah. bukan dia yang aku nak ceritakan sebenarnya. tamat kisah dia. benda dah lepas. tak usah dikenang. *lempang diri sendiri

di pendekkan cerita, aku terjumpa seorang jejaka bernama MOHAMED ALIFF FARHAN BIN KHALID yang agak poyo lagi berlagak. bagi mata aku lah. bukan apa, dia kadang kadang buatkan aku rasa annoying. yelah. berlagak dia tak boleh blah. sombong plak tu. aduh. memang pada asalnya, aku tak hingin langsung lah nak berkawan dengan dia. apatah lagi nak kenal dengan dia. tapi, sebab dia berkawan dengan kawan kawan aku yang lain, aku terus rapat. hm tipu lah kalau tetiba rapat terus kan. agak makan masa. sebab dia macam tak berminat nak berkawan dengan aku je. hodoh sangat ke aku ni? hahahaha. mungkin dia rasa aku ni gedik sangat kot. Ya Allah, harap tidak lah. sangkaan aku je. shoh! shoh! lepas tu, aku dapat tahu dari kawan aku yang dia nak berkenalan dengan aku. WHAT THE CAT DOG! aku pon bila dapat tahu, just say "oh. kawan lah. aku tak kisah" dan paling aku marah, MACAM MANA DIA BOLEH ADA NOMBOR TELEFON AKU?? rupanya kawan aku bagi, TANPA PENGETAHUAN aku. ishhhhh! masa tu, aku rasa dah keluar asap kiri kanan dekat telinga aku sebab tahan marah punya pasal. yelah, nak marah pon tak ada guna. dia dah bagi dah pun. cuma dalam hati, "tolong lah jangan telefon aku. aku tak suka" hahahaha. aku tak tahu lah kenapa aku tak suka sangat dengan dia.

hm ada lah dalam beberapa hari tu, aku cuba memberanikan diri tegur dia. aku cakap dekat dia yang aku nak pergi johor. sebab kebetulan masa tu dia cakap dia asal johor. so, aku pon dengan bangga dan lupa dirinya aku cakap "eh, nanti aku nak pergi johor taw! kau tak jeles ke?" hahahaha. ha, masa tu lah untuk buat pertama kalinya aku tegur dia. sebelum ni pandang pandang jeling jeling senyum senyum je. lepas tu, sampai je johor lepas check in, aku terus memberanikan diri aku call dia. okay masa ni kelakar. aku tak ada motif pon nak call dia. tapi, tah macam mana aku call just tanya "weh, kawan kawan kita semua berapa orang eh? aku nak belikan something lah untuk dorang" lepas tu, aku terus letak. dan masa tu jugak dia hantar text dekat aku nak on call. dup dap dup dap dada aku masa tu. sebab... aku jadi cuak, takut dan malu. lagi satu, aku ingat lagi masa tu aku sanggup beli no celcom dekat perhentian dekat johor masa tu. aku lupa apa nama perhentian tu. hahahaha. beli semata mata UNTUK DIA. sungguh memalukan masa tu. lepas aku beli, aku terus bagitahu dekat dia yang aku ada nombor celcom. masa tu jugak lah dia nak call. geli hati sebenarnya masa tu. tapi.. aku rasa bahagia! padahal aku lupa yang sebenarnya aku tak suka dengan dia.

last last, sampai suatu masaaku dengan dia semakin rapat. rapat sangat. semua benda kami kongsi bersama. dari sedih, geram, kelakar semua lah. memang tak dinafikan.. dia baik orangnya. pernah sampai satu tahap aku yang beria menangis sebab aku dapat tahu dia nak pindah. rupanya dia tipu aku. hahaha. geram gila aku masa tu. lepas tu, dah lama aku kawan dengan dia, dia kenalkan aku dengan kawan sekolah dia. ASRI AFDAL. seorang jejaka yang tinggi setinggi alam. eh, menipu je aku ni. hahahaha. tapi, dia memang tinggi! tinggi tapi kurus. hahaha. masa mula mula kenal dia, dia okay. tak sombong, boleh buat kawan dan boleh dijadikan lawan jugak. hahahaha. sebab dia suka sangat cari pasal dengan aku. ada sahaja point yang dia nak kenakan aku. itu tak kena, ini tak kena. aku pon mengiakan aja. malas. hahahahaha. dan sampailah aku dengan dia semakin rapat. rapat seperti seorang abang dengan adik. dia banyak nasihatkan aku, banyak ingatkan ini dan itu. dia seorang pendengar yang baik. dan dia seorang yang bertanggungjawab. aku beryukur dapat berkenalan dengan dia.

sampai satu tahap, aku berkenalan pula dengan seorang wanita yang benama SITI NURLIYANA BINTI NAZLIN. dia ni aku anggap seperti kakak aku sendiri. sebab, dia agak matang sedikit walaupun kadang kadang dia ni manja. tapi, dia lebih kurang je perangai dengan aku. DEGIL. aku tahu aku degil, dia juga degil. tapi, dia baik. dia aku gelarkan dia kakak, dia sanggup jaga aku masa aku pengsan. dia yang papahkan kepala aku masa aku tak sedarkan diri. ya. aku ingat lagi masa tu. dia tolong lapkan darah yang mengalir dekat kepala aku. sebab masa tu aku jatuh dekat jalan tar. hanya Allah sahaja yang tahu bertapa peritnya kepala aku masa tu. aku rindu suasana masa tu. dia baik sangat. tapi dia agak garang. aku tak tahu kenapa. kalau dia marah aku, mesti aku akan touching. seolah olah dia lah kakak kandung aku. nama pon dah sama dengan kakak kandung aku. cuma beza tak ada SITI.

terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang sudi hadir dalam hidup aku. aku bahagia kerana mereka sentiasa membuatkan aku bahagia. hanya Allah yang lebih tahu apa isi hati aku. semoga ALLAH temukan kami di syurga juga. terima kasih Mohamed Aliff Farhan, terima kasih Asri Afdal, terima kasih dan Siti Nurliyana. semoga persahabatan kita kekal dan diredhai Allah s.w.t. Allahumma Ameen :) In shaa Allah.




Nadhirah Mazalan