Sunday, 13 August 2017, 12:36 PM

Kenapa sebuah perkahwinan ini kadang kadang aku rasa ia satu beban? Walhal disebabkan keluarga kau nak macam itu ini, engkau yang bersusah payah mencari duit demi keluarga kau di atas sebuah majlis yang lengkap. Sedangkan kau taknak dan semahunya pernikahan adalah kewajipan dan diredhai Allah. Bagaimana rasanya untuk kau berhentikan mulut manusia dan pemikiran manusia yang sibuk mengejarkan kemewahan bukan kebahagiaan dan keharmonian? Susah sangat ke jika utamakan yang wajib dahulu? Malu sangat sampai sibuk nak jaga hati orang, hati tah sape sape sedangkan langsung tak fikir bertapa susah dan peritnya hanya mencari duit semata demi menunaikan hajat yang bagi aku sangat membazir. Sedangkan kau lupa, Jika pihak perempuan semahunya hendak melakukan dan melangsungkan majlis persandingan itu semua adalah tanggungjawab keluarga pihak perempuan. Kecuali jika si perempuan mahu membantu sedikit demi meringankan beban. Bukannya 100% biarkan anak perempuan memcari duit semata demi kepuasan orang sekeliling. Ini lah akhir zaman.