12/07/2016, Selasa

Assalamualaikum, selamat hari raya!

Dah lama rasanya aku nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak ternilai harga nya yang nak dibandingkan dengan apa yang telah Allah tunaikan. Alhamdulillah, bersyukur yang tak terkata sehingga aku sendiri tak tahu macam mana nak sampaikan. Aku terlalu gembira kerana semakin hari semakin kuat rasa dekat aku dengan dia, Mohamed Aliff Farhan. Rasa macam tak percaya yang aku akan menjadi isteri kepada dia. Tak lama lagi dalam setahun beberapa bulan. Tahun depan sahaja majlis akan di langsungkan. In shaa Allah. Pertunangan kami tak ada aral melintang akan di jalankan pada bulan Ramadhan. Bila tu? Belom lagi terfikir tarikh yang tetap. Tak tahu macam mana nak sampaikan perasaan tu. Rasa takut, gembira.. Sedih pon ada. Takut sebab adakah majlis kami akan berjalan dengan baik sebaiknya? Gembira sebab aku akan ada keluarga sendiri yang dah lama aku impikan. Impian semorang selama ni. Sedih sebab lepasni aku dah tak duduk dengan mama ayah. Ya Allah, semoga segalanya berjalan dengan baik. Semoga juga aku memberikan kebahagian dan keredhaan kepada keluarga baru aku serta limpahkan lah rezeki ke atas kami dan mudahkan lah perjalanan hidup kami. Ameen.

*Aliff, saya tak tahu macam mana nak describekan perasaan saya sekarang ni. Macam macam perasaan ada. Sedih gembira takut.. Ya Allah, tak sangka yang awak akan jadi suami saya dan saya akan jadi isteri awak :) terima kasih awak sebab sudi terima saya dan maafkan saya jika saya keterlaluan masih berperwatakan seperti budak budak.