30/6/2016, khamis.

Alhamdulillah, sikit sikit Allah mudahkan impian kita tercapai. Benda yang dah lama di idamkan, sikit sikit berada di depan mata. Terima kasih Ya Allah, kerana mendengar doa doa kami kerana sentiasa memberikan kami kesabaran ini kerana membenarkan untuk kami capai apa yang kami tunggukan selama ni. Terharu tak terkata engkau turunkan nikmat ini kepada kami. Semoga pada tahun hadapan tahun yang bermakna buat kami. In Shaa Allah, aku bersyukur. 

*Aliff, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana kau tidak putus asa dengan aku. Terima kasih kerana kau sudi terima aku sekali lagi. Terima kasih kerana kau sentiasa sabar dan sabar dan sabar dengan aku. Terima kasih kerana membuatkan aku kenal siapa diri aku. Terima kasih kerana kau banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Yang mana harus di utamakan. Terima kasih kerana kau masih berada di depan mata aku sejak 2012. 

Maafkan aku selama ni aku selalu sakitkan hati kau. Maafkan aku selama ni aku susah sangat nak faham kau susah sangat nak sabar dengan kau. Maafkan aku kalau dulu aku selalu desak kau macam macam. Maafkan aku dulu aku selalu mempersoalkan semua perkara yang kau nak buat. Aku selalu bantah. Maafkan aku sebab aku pernah hampir putus asa dengan kau. Maafkan aku dulu aku tak pernah nak percayakan kau. Maafkan aku, kerana aku bukan lah yang terbaik dari wanita wanita yang ramai lelaki idamkan. Maafkan aku, kerana aku yang terpaksa kau terima.

Semoga suatu hari yang bakal tiba kau dan aku sama sama memahami antara satu sama lain lagi dan lagi dan lagi sehingga akhirnya. Ameen. Terima kasih awak :)

Ikhlas,
Nadhirah Mazalan