Long distance

Hm okay. Kalini aku nak ceritakan pendapat aku tentang Long Distance, iaitu dalam translate-nya Cinta Jarak Jauh. Okay. Ada apa dengan Long distance? Kenapa tetiba aku nak borakkan pasal cinta jarak jauh ni? Okay.. Pada pendapat aku.. Aku sejujurnya tak percaya akan cinta jarak jauh. Sebab aku sendiri tak kuat bila bercinta jarak jauh ni. Yes, sebab aku ni hanya manusia biasa. Bukan senang kita nak tanggung perasaan tu lama lama. Kau sanggup?? Alaaa, sekarang boleh lah cakap "in shaa allah boleh". Nanti bila dah tiba masanya, tahu tahu kau dah sangkut ngn minah mana tah dekat sana. Lagi lagi bila kau belajar dekat obersi sana. Macam macam manusia kita jumpa dari seluruh dunia. Memang rasa bangga dapat bercinta dengan orang luar. Sebab nanti bila kahwin, baka cantik gilos! Tapi... Kau lupa ke akan cinta hati kau dekat Malaysia tu? Macam mana dengan dia nanti? Sebelom kau berangkat, macam macam janji kau dah buat. Aleh aleh janji tinggal janji. Maka si dia yang dekat Malaysia pon merana kerana menunggu kau hampir 4 tahun. tahu tahu kau dah kahwin dengan orang luar sana satu tempat belajar dengan kau. Guys, kita ni sebagai manusia biasa boleh berubah dalam beberapa saat je. Percaya lah. Ustaz pon boleh runtuh imannya bila nampak sesuatu yang menarik, cantik, terpesona.. Apatah lagi kita. Dah lah jauh. Lepas tu nak contact selalu pon susah. Pastu datang lah pulak seseorang yang caring, sepanjang kita belajar dekat sana dia ambil berat, susah senang dia ada.. Maka yang dekat Malaysia tu pon dikuburkan. See! Tak mudah kawan. Sebab tu jugak aku ada alasan yang kukuh kenapa aku tak percayakan cinta jarak jauh ni. Tak ada istilah Long Distance dalam hidup aku. Even dah ikat mati pon hubungan tu. kalau nak... Kau kahwin, lepas tu ikot sekali. Settle. So, lepasni dalam hubungan ni kena ada teamwork dan give and take serta bersabar. Itu kuncinya dari aku. Hahaha sekian.