seronok

Assalamualaikum sebelum memulakan perbicaraan. haha. sebelum tu aku nak berterima kasih sangat kepada semua yang mengenali diri aku yang tak seberapa nak betul ni. hm, terutama sekali nak berterima kasih yang tak terhingga kepada atok alif dan nenek alif yang sentiasa buat aku ketawa tak kering gusi sepanjang aku menetap di rumah mereka di Sungai Sayong. hahaha. paling aku tak boleh lupa masa mula mula aku nak datang sana. dah lah dari Shah Alam nak ke Johor aku gerak sorang. first pengalaman aku sepanjang aku cuti sem kali ni. sampai je Larkin aku di sambut dengan lelaki botak yang tersangatlah aku rindu. pada mulanya memang aku marah betul dekat dia. tapi, marah tu tetiba hilang sebab........... hm, sebab.......... dia suka senyum paling comel dekat aku. senyuman dia annoying but comel sebenarnya! kahkahkah. dengan kepala botaknya. duh. sebijik macam toyol. muahahaha. sory sayang lepas tu dia ajak aku minum dekat Kedai Pak Abu. Pak Abu ni serius sporthing gila kau jah! sampai sampai dengan muka aku yang agak blur tu tak sempat nak duduk sebenarnya Pak Abu terus cakap, "ai.. datang sini terus bawak tuan rumah ke?" kahkahkah. Pak Abu.. Pak Abu.. kami masih muda Pak Abu. hahaha. banyak lagi benda yang kami nak keja. lepas tu adalah lagi yang Pak Abu dok merepekkan --' hahaha. dah habis minum minum, aku dengan si botak terus merempit. wuuuuuuuuuuuu. seumur hidup aku tak pernah naik motor berbatu jauhnya. macam ribut taufan botak aku ni bawak. sambil tu dia tunjuk kan mana mana tempat yang kami lalu. terutama sekali tak terlepas kami lalu depan sekolah dia. Teknik Perdagangan yang sekarang ni dah dikenali dengan Kolej Vokasional Perdagangan, Johor Bharu. wuhh! gempak. not bad lah sekolah dia. boleh tahan. cuma ceruk sikit lah. tapi, best bagi aku. sebab itu memang kawasan sekolah. dekat dekat je. memang seronok! hahahaha. biasalah excited sikit sebab aku ni mana lah penah duduk asrama. nak dibandingkan dengan asrama plkn tu apa lah sangat. setakat 3 bulan je. hahaha. lepas tu, nak di pendekkan cerita kami pon sampai lah ke rumah atok dan nenek alif. masa tu aku agak cuak, takut, risau, malu, semua perasaan ada lah. tapi, cuba menyelamberkan diri aku. hahahaha. masa masuk je rumah nenek tak ada. tapi, yang ada atok. alolooo. comelnya! atok sambut aku dengan senyuman yang comel. lepas tu aku salam atok dia. hahaha. serius aku tak boleh lupakan senyuman atok dia. mungkin sebab tu lah kot nenek alif tergoda dekat atok. kahkahkah. dan mungkin juga itu rupa alif bila dah tua nanti. mungkin lah mungkin. lepas tu alif tunjukkan bilik yang akan aku beradu nanti. bilik moksu dia. hehe. tumpang ye moksu. aku kemas kemas dan aku mandi. dari mula aku datang tak ada buat apa sangat. mandi, solat, borak, ketawa, makan, lepak dekat halaman rumah dengan alif layan lappy, keluar kejap beli topup dengan alif. merempit lagi --' dan tidur. itu lah kerja aku masa tu. esoknya pon begitu tak ada buat apa pon. tapi... aku rasa tenang sangat bila dekat kampung alif. biasalah. kampung aku bersawah. kampung alif atas bukit. sejuk wokkkk! seronok. aku asyik kesejukan je. hahaha. alif bajet bajet sweet buatkan air panas untuk aku mandi. atototoooo. tapi, dia memang sweet sebenarnya. tak sangka dia begitu. hahaha. sebab sebelum ni kerek kemain dengan aku. hm, lepas tu esoknya adalah hari yang aku tunggu tunggukan. keluar ngedate dengan si botak Alif, Asri dan Eija. walaupun tak lah lama berjalan, tapi aku puas. sebab aku dapat jumpa eija yang excited sangat nak jumpa aku. kami berkaroake, pegi zoo yang paling seronok, makan, tengok wayang. wohh! memang berjalan satu hari. hahaha. terima kasih yang tak tehingga sangat dekat si botak aku dan asri serta eija sebab sudi meluangkan masa dengan aku. seronok giloo! hmm... malam pon dah hampir nak ke pagi. kami pun pulang. aku letih sampai terlelap dalam kereta. lagi sekali alif bajet sweet dengan aku. tengah malam tu niat taknak mandi. tapi... aku nak mandi jugak. hahaha. lagi sekali dapat mandi air panas. jyeahh. masa tu makcik alif ada dekat rumah. kami tak sempat borak. sebab masing masing dah keletihan. tapi, keeseokannya aku dengan makcik dia borak kemain. hahahaha. tapi, banyak menceritakan pasal knowledge about IPT je lah. selebihnya tidak. makcik dia baik. sporthing pon ya. hehe. seronok dan bahagia aku rasa bila dah mula sedikit demi sedikit kenal dengan keluarga Alif. Alhamdulillah. semoga jodoh kami panjang. mudah mudahan. hm, tiba sudah waktu kami untuk pulang ke Shah Alam. hm.. sedih sebenarnya masa tu. aku salam atok tapi, atok mcm taknak lepaskan tangan aku. mungkin dia dah mula sayangkan aku. dan first time orang yang aku baru kenali bagi duit belanja. selain masa waktu raya. hahahaha. nenek alif. aku peluk cium dia masa tu. ya. kedua duanya aku rapat. aku rasa senang dengan dorang. sama macam aku rapat dengan arwah atok aku dan nenek aku yang dekat kampung tu. rindu. rindu serindunya dengan mereka. semoga dapat berjumpa lagi di waktu yang lain. In Shaa Allah :)

ikhlas,
Nadhirah Mazalan