sahabat yang aku cintai kerana Allah :)

Assalamualaikum. bismillahirrahmanirrahim...

Amat sukar dicari apa itu sahabat. Inikan pula sahabat sejati. Tetapi sepanjang perjalanan kehidupan ini, aku mula mengerti siapa sahabat. Sahabat yang sentiasa membimbing aku ke jalanNya. Aku gembira, rasa hiba tiada dirasa jika ada sahabat bersamaku. Sejak dulu dibangku sekolah lagi, aku bersama sama kalian menuntut ilmu tiada penghabisan. Disitu aku mengenali yang mana kawan dan yang mana lawan. Bukan aku memilih tapi aku cuba melakar corak kehidupan, agar aku dapat menjaga akhlak serta disiplin diri tatkala bukan disisi mama dan ayah dan aku yakin kerana sahabat yang baik dapat membimbing aku ke jalan Ilahi. Dan kini kian dewasanya aku, aku bertemu dengan lebih ramai Sahabat. Hidupku penuh warna bagai pelangi yang cantik coraknya. Menghiasi awan biru kehidupanku. Aku hargai setiap mereka yang hadir mewarnai dan menghiasi keindahanku. Terima kasih kepada mereka semua kerana tidak jemu bersamaku. Dari dulu, kini dan hingga keakhirnya. Moga kita sentiasa bersama hanya keranaNya. Disini sahabatku semuaya yang kukenali, walau dimanapun kita kenali, kalian sentiasa bertahta disanubariku. Aku memohon kemaafan atas segala salah silapku sepanjang perkenalan kita. Aku tahu banyak salahku dan banyak jua kesalahanku selaku sahabat dan temanmu, maafkan diri yang tidak pernah sempurna ini. Aku kian merindui sahabat yang jauh dariku. Teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan. Yang kininya hanya bisa dikenang. Aku harap kalian juga masih terkenang masa lalu kita bersama, suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan. Biar ia bersemi untuk selamanya sahabatku. Aku harap kalian akan berbahagia bersama keluarga, sanak saudara tercinta. Aku disini akan sentiasa mendoakan kehidupan kita mendapat rahmat dan keberkatanNya. Semoga akan masih ada peluang buat kita untuk bertemu dan bersua muka di hari yang mendatang. Semoga kita semua istiqamah dengan amalan amalan yang telah terlatih dalam madrasah ini dan semoga sinaran kehidupan kita lebih terpancar untuk hari hari yang menjelma.

Salam sayang dari saya
Nadhirah Mazalan.
Untuk sesiapa yang pernah mengenali diri ini 
Terima Kasih atas kesudian menjadi sebahagian daripada kehidupanku. 

Kata kata dibawah ini untuk kamu kamu semua yang telah berada dihatiku sejak sekian lama. Moga persahabatan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Kita berjumpa kerana takdir. 
Kita berkawan kerana kasih sayang. 
Kita bersama kerana hati. 
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan. 
TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA. 
TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia Rasa. 
Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa jiwa yang memahami erti persahabatan.